Text

Perhatian Buat Golongan Isteri / Suri Rumah Yang Ingin Menambah Pendapatan Sampingan Hanya Dari Rumah! 

Mari Saya Tunjukkan Anda...
Bagaimana Saya Memulakan Bisnes Bakeri Dari Rumah Dan Menjana Pendapatan Sampingan 3 - 4 Angka Sebulan!!

Apakah perasaan anda jika anda boleh menjana pendapatan RM200 hingga RM1,000 sebulan... SECARA SAMPINGAN DAN HANYA DARI RUMAH! Serba-sedikit.. pasti ianya akan dapat membantu kehidupan anda bukan?

Tidak dapat dinafikan lagi, kos sara hidup sekarang sememangnya amat tinggi!
Jika kita hanya sekadar mengharapkan pendapatan suami sahaja untuk menampung kos kehidupan sekeluarga, ia sememangnya agak sukar.

Lebih-lebih lagi jika kita turut mempunyai bilangan anak yang agak ramai (lebih dari 2 orang). Harga susu, lampin pakai buang, yuran tadika/taska, yuran transit... semuanya semakin mahal dan harganya sentiasa naik setiap tahun.

Jadi, mahu atau tidak... kita perlu berusaha dan berikhtiar untuk menambahkan pendapatan keluarga!

Pemalu! Tidak Pandai Menjual & Perlu Uruskan Anak-Anak Di Rumah!

Sememangnya, ada banyak cara dan peluang untuk menambahkan pendapatan di luar sana!
Namun begitu, kebanyakkan cara tersebut memerlukan kita untuk keluar dari rumah dan pergi menjual.

Sudahlah kita ni jenis pemalu orangnya! Seumur hidup tak pernah menjual barang! Kini disuruh pula pergi cari orang dan menjual barang! Oh! Memang mengerikan!

"Lagi satu... kalau saya asyik sibuk pergi menjual dan berjumpa dengan orang! Siapa pula yang nak jaga & uruskan anak-anak saya di rumah?"

Inilah dilema yang sering terjadi kepada golongan ibu serta suri rumah yang mahu menjana pendapatan sampingan untuk keluarga.

Kita mahu membuat bisnes atau kerja part time, tetapi, dalam masa yang sama, kita agak sukar untuk keluar dari rumah sebab perlu menguruskan anak-anak dan rumahtangga di rumah.

Disebabkan itulah.. maka... membuat bisnes bakeri secara sambilan dari rumah.. adalah merupakan salah satu cara yang terbaik!

Mengapa Bisnes Bakeri Dari Rumah?..

Ada banyak sebab mengapa bisnes bakeri adalah cara yang terbaik untuk anda menambahkan pendapatan secara sampingan dari rumah!

Permintaan Produk Home-Made Bakeri Sangat Tinggi!.

Cupcake, Muffin, Cheese Tart, Coklat Homemade, Kek Coklat, Kek Lapis, Kek Cheese, Fruit Tart, Roti Jala,  Kuih-muih dan pelbagai lagi produk bakeri sentiasa dicari-cari oleh orang ramai setiap hari.

Tidak kira sama ada untuk dimakan ketika minum petang, ataupun untuk majlis-majlis keraian seperti majlis harijadi, majlis pertunangan, perkahwinan, kenduri, majlis tahlil, rumah terbuka mahupun untuk majlis-majlis korporat seperti seminar, mesyuarat ataupun hari keluarga.

Boleh dikatakan, hampir setiap minggu akan ada sahaja majlis yang diadakan. Lebih-lebih lagi bila masuk musim perayaan (Tahun Baru Cina / Aidilfitri) dan musim cuti sekolah (Disember). Hampir setiap hari akan ada sahaja majlis rumah terbuka atau majlis perkahwinan diadakan! Kadang-kadang memang tak cukup tangan dan terpaksa tolak beberapa order dari pelanggan.

Jadi... Macam Mana Nak Mulakan Bisnes Bakeri Dari Rumah?

Sememangnya akan ada banyak pertanyaan dan persoalan yang bermain di fikiran apabila kita mahu memulakan bisnes bakeri ini!

Antara soalan yang paling kerap ditanya ialah....

Hah! Banyak betul persoalan yang bermain di fikirankan?

Tapi jangan risau dan khuatir.... semua jawapan bagi persoalan diatas, telah pun saya sediakan jawapan dan panduannya di dalam ebook dibawah...

Memperkenalkan Ebook Panduan Memulakan Bisnes Bakeri Dari Rumah

Sekarang! Anda sudah tidak perlu pening-pening kepada lagi!

Saya sudah sediakan info yang lengkap untuk membantu anda memulakan perniagaan bakeri dari rumah!

Semua info serta perkara yang anda perlu tahu untuk memulakan bisnes bakeri dari rumah, ada di dalam ebook ini.

       
Makluman: Ini adalah merupakan sebuah eBOOK(electronic book), ianya adalah di dalam bentuk softcopy dan di dalam format PDF. Apabila anda membeli eBOOK ini, ia akan dihantar ke email anda dan anda perlu download ia ke komputer atau smartphone anda. TIADA buku fizikal yang akan dihantar atau di POS ke alamat rumah anda.
 
 

Apakah Yang Terdapat Dalam Ebook Panduan Ini? Mari Kita Lihat...

Berikut adalah pengisian-pengisian yang terkandung dalam ebook ini serta manfaat yang bakal anda perolehi setelah anda habis membaca keseluruhan ebook ini ...

PENDAHULUAN
Pendahuluan buku ini menekankan bahawa perniagaan makanan, terutamanya bisnes bakeri, adalah antara jenis perniagaan yang mudah dimulakan dari rumah.

Namun, untuk memastikan bisnes ini berjaya dan berterusan, ia memerlukan perancangan yang teliti berdasarkan ilmu dan pengalaman yang ada. Jadi, dalam ebook ini, saya akan berkongsi pengalaman lebih 10 tahun dalam industri bakeri dalam merancang dan memulakan perniagaan bakeri anda dengan langkah-langkah yang jelas dan praktikal.

Ebook ini dibahagikan kepada lima langkah penting yang dijadikan bab utama, setiap langkah dihuraikan secara mendalam untuk memberi panduan yang komprehensif kepada anda dalam merealisasikan impian anda memulakan bisnes bakeri.
 
BAB 1 : MENETAPKAN MATLAMAT

Bab ini menekankan pentingnya menetapkan matlamat yang jelas sebelum memulakan bisnes bakeri. Saya berikan panduan mengenai cara menetapkan tempoh masa, fokus, dan strategi yang perlu ada untuk memulakan perniagaan ini dengan mantap.

Bab ini juga mengandungi contoh-contoh bagaimana matlamat yang betul dapat membantu anda mencapai kejayaan dalam bisnes bakeri.
 
BAB 2 : MENYEDIAKAN KERTAS KERJA

Dalam bab ini pula, saya berikan panduan tentang bagaimana menyediakan kertas kerja yang diperlukan untuk memulakan bisnes bakeri. Kertas kerja yang dimaksudkan dalam bab ini, bukanlah kertas kerja seperti mana yang orang buat untuk buat pinjaman bank tu...

Kertas kerja yang saya ajarkan dalam bab ini, simple sahaja sebenarnya.. anda tak perlu risau, sebab saya sertakan sekali template dan contoh-contoh kertas kerja untuk beberapa produk bakeri seperti creampuff dan brownies, yang akan membantu anda memahami langkah-langkah yang perlu diambil untuk merancang perniagaan dengan teliti.
 
BAB 3 : KUASAI 5 ILMU WAJIB DALAM BISNES BAKERI

Bab ini memperincikan lima ilmu penting yang perlu dikuasai oleh setiap usahawan bakeri, termasuk pengetahuan tentang ketuhar, pengadun, mesin pembuat roti, alat pengukus, dan peti ais/chiller.

Saya jelaskan secara terperinci tentang jenis-jenis peralatan ini, cara menggunakannya dengan betul, dan tip untuk memilih peralatan yang sesuai untuk bisnes anda.
 
BAB 4 : STRATEGI MENGUSAI PASARAN!

Bab ini memberikan strategi untuk menguasai pasaran dalam industri bakeri yang semakin kompetitif. Saya ajarkan bagaimana mengenal pasti sasaran pembeli, memahami produk dengan mendalam, dan memperkenalkan jenama serta produk anda kepada pelanggan. Teknik untuk menjadi yang pertama, terbaik, dan unik dalam pasaran juga turut dikongsikan..
 
BAB 5 : PENETAPAN HARGA PRODUK

Ini adalah bab yang paling penting! . Ramai pengusaha bisnes bakeri tidak mengira harga kos dengan betul dan sekadar main agak-agak sahaja! Akibatnya, order dari pelanggan dapat banyak tapi duit untung tak nampak! Hanya sekadar dapat penat sahaja!

Jadi, dalam bab ini, saya tunjukkan cara menetapkan harga produk yang tepat agar dapat bersaing dalam pasaran. Saya juga kongsikan beberapa strategi harga yang boleh digunakan untuk menarik minat pelanggan tanpa menjejaskan keuntungan.
   
BAB 6 : 5 KESILAPAN BISNES BAKERI

Setelah menjalankan bisnes bakeri ini dari rumah dan produk anda sudah mula mendapat perhatian dan permintaan. Ada beberapa perkara yang pasti akan anda hadapi.

Jadi, awas kepada 5 perkara ini! Jika anda tidak hadapi 5 perkara ini dengan betul, ianya mungkin akan mengugat perniagaan bakeri anda. Silap haribulan, anda mungkin akan berasa penat dan mahu berputus asa menjalankan bisnes anda.
 
BAB 7 : CABARAN BISNES BAKERI & CARA MENGATASINYA

Walaupun anda hanya menjalankan bisnes bakeri dari rumah, jangan sangka ianya tiada cabaran!

Disini saya senaraikan 9 cabaran yang mungkin akan anda perlu hadapi dan bagaimanakah cara untuk mengatasinya!

Cabaran persaingan harga!
Kenaikan kos harga barang mentah!
Bahan mentah habis stok!
Supplier stop bekalan!

Itu adalah antara beberapa cabaran yang mungkin akan anda hadapi.
Ketahui cara menanganinya dalam bab ini!
 
BAB 8 : 10 TIPS EXTRA BISNES BAKERI

adalah bab yang terakhir. Dalam bab ini saya kongsikan 10 tips yang saya rasa amat penting untuk memastikan produk yang anda hasilkan sedap, enak dan berkualiti tinggi .

Tips-tips yang diberikan adalah berdasarkan pengalaman sebenar saya menjalankan bisnes bakeri lebih 10  tahun yang lalu. Anda mungkin tidak akan menjumpai tip ini di mana-mana tempat.
 

Fuh, demikianlah isi-isi kandungan yang bakal anda perolehi melalui ebook ini. Memang hebat kan?

YA, sudah pasti ianya hebat dan mampu memberikan anda manfaat dalam usaha anda membina sebuah perniagaan bakeri yang menguntungkan.

 

Berapakah Harga Ebook Ini?...

Terus-terang saya katakan!  Nilai maklumat yang terkandung di dalam ebook ini adalah sangat bernilai dan tidak murah! Ianya adalah hasil daripada pengalaman sebenar saya menjalankan perniagaan bakeri dari rumah sejak 6 tahun yang lalu.

Dengan memiliki ebook ini, ianya akan dapat menjimatkan masa, tenaga serta wang anda untuk mencuba secara trial-and-error sewaktu ingin memulakan bisnes bakeri dari rumah ini!


Baiklah, tanpa melengahkan masa lagi, saya tawarkan ebook ini kepada anda dengan harga cuma RM30 sahaja!

Ya! Jangan terkejut... hanya sekadar RM30 sahaja!

Jika anda berminat untuk mendapatkan ebook ini! Boleh klik butang "Dapatkan Sekarang!" dibawah!

Oooops…Nanti Dulu, Jangan Buat Tempahan Lagi. Saya Ada Bonus Istimewa Nak Beri Kepada Anda!



Ada 3 buah ebook bonus yang akan saya berikan kepada anda jika anda membuat tempahan hari ini! Semua ebook bonus tersebut akan melengkapkan lagi pengetahuan anda dan akan membuatkan anda lebih yakin untuk memulakan perniagaan bakeri dari rumah!

Berikut adalah ebook-ebook bonus yang akan saya berikan kepada anda!


BONUS #1 : 5 BAHAN ASAS BAKERI WAJIB TAHU

 

Tahukah anda? Untuk tepung sahaja.. terdapat 7 jenis tepung yang perlu anda ketahui untuk membuat bakeri! Setiap jenis tepung mempunyai fungsi dan kegunaannya masing-masing. Saya akan tunjukkan anda kegunaan bagi setiap jenis tepung tersebut di dalam ebook ini.

Begitu juga dengan bahan-bahan lain seperti bahan penaik, marjerin dan mentega! Untuk bahan mentega pula ada 6 jenis bahan mentega yang berasingan.

Jadi, ketahui semua kegunaan bahan-bahan tersebut di dalam ebook ini!

 

 

BONUS #2 : 20 RESEPI PRODUK BAKERI TERLARIS!

Aha! Dengan ebook bonus ini, anda sudah tidak perlu risau dan pening kepala lagi memikirkan produk apa yang anda mahu jual untuk bisnes bakeri anda.

Saya kongsikan lebih 20 produk yang sentiasa mempunyai permintaan yang tinggi dari orang ramai sepanjang masa! Lengkap juga saya beri dengan resepinya sekali. Anda boleh terus cuba buat  produk ini selepas mendapatkan ebook panduan bisnes bakeri ini

 

 


BONUS #3 : ROTI OH ROTI!

Tidak sah kalau buat bisnes bakeri tetapi tiada roti! Jadi, di dalam ebook bonus yang ketiga ini, semua info berkaitan roti saya terangkan di dalam ebook ini.

Bermula dari bahan-bahan yang perlu digunakan untuk membuat roti! Resepi 5 jenis roti serta cara membuatnya! Pantang-larang di dalam membuat roti! Masalah-masalah yang sering berlaku apabila membuat roti serta bagaimana cara untuk menyelesaikanya.

Apakah bahan yang perlu digunakan untuk membuat roti menjadi lembut dan gebu? Nak buat roti warna putih? cream atau perang-perang sikit? Semua saya ceritakan di dalam ebook ini!

 

 Sememangnya ini adalah satu tawaran yang tidak boleh anda lepaskan!

Namun begitu! Ada satu berita buruk!

Bonus yang saya tawarkan ini bukanlah  untuk selama-lamanya. Saya berhak menarik bonus ini pada bila-bila masa sahaja. Jadi, pastikan anda mendapatkan ebook panduan ini pada hari ini juga sebelum saya tutup tawaran pemberian bonus ini.

Anda masih lagi ragu-ragu?

Mari saya berikan anda satu lagi tawaran hebat untuk anda!

Anda rasa RM30 ini macam tak berbaloi? Jangan risau. Buang segala keraguan tu. Kerana saya ada jaminan pulangan wang 100% jika anda rasa pelaburan anda dapatkan ilmu ini tidak berbaloi dengan harganya.

 

Jaminan Kepuasan 100% Atau Wang Anda Dikembalikan!

Dengan setiap pembelian ebook “Bisnes Bakeri” ini, anda akan disertakan sekali dengan jaminan kepuasan 100% atau wang anda dikembalikan.

Jika setelah anda dapatkan ebook ini dan mendapati segala isi kandungannya langsung tidak mendatangkan faedah dan manfaat kepada anda dalam memulakan perniagaan bakeri, saya akan pulangkan wang RM30 anda.

Ya, saya akan pulangkan wang anda TANPA BANYAK SOAL!

Setelah anda habis baca ebook ini, jika anda tidak berpuas hati, email kan sahaja kepada saya di [email protected] tentang rasa ketidakpuas-hatian anda itu. Saya akan pulangkan wang anda.

Sebenarnya kan…

Jika anda lihat betul-betul tawaran ini, anda memang langsung takkan rugi apa-apa untuk dapatkan ebook ini. Segala risiko pembelian anda, saya sendiri yang akan tanggung.

Oleh itu, anda tunggu apa lagi, cepat lakukan tempahan sekarang juga sebelum peluang pemberian Bonus Percuma di tarik balik pada bila-bila masa!

Klik butang tempah di bawah untuk lakukan tempahan pakej ebook Bisnes Bakeri pada harga promosi RM30 sahaja SEKARANG ...

   

Klik Gambar Dibawah Untuk Membuat Tempahan Ebook Ini Sekarang!!.

 
Makluman : Ini adalah merupakan sebuah eBOOK (electronic book) ianya adalah di dalam bentuk softcopy dan di dalam format PDF. Apabila anda membeli eBOOK ini, ia akan dihantar ke email anda dan anda perlu download ia ke komputer atau smartphone anda. TIADA buku fizikal yang akan dihantar atau di POS ke alamat rumah anda.

P/s :- Usah ambil masa terlalu lama untuk bertindak! Anggap sahaja pelaburan ilmu sebanyak RM30 ini adalah merupakan titik permulaan untuk anda menjana memulakan perniagaan dan menjana pendapatan dari rumah.

P/p/s:- Anda tidak perlu membuang masa sehingga 6 tahun untuk mencuba dan mencari sendiri "rentak" untuk menjalankan bisnes bakeri ini. Ambil sahaja pengalaman saya yang telah saya ebook kan ini. Ia lebih mudah dan pantas untuk anda bermula.

Sekian,

Nik Roslin Nik Men
Pengusaha Bakeri Sambilan
& Penulis Ebook Bisnes Bakeri
www.bisnesbakeri.com






Diterbitkan dan diedarkan Oleh:
Klikjer Publishing (002746251-P),
Bandar Baru Bangi, Selangor, MALAYSIA.
SMS/WhatsApp : +6011-33050950


Terma & Syarat: Link akses untuk eBook akan dihantar secara automatik ke emel anda sebaik sahaja pembayaran disahkan dan berjaya. Pastikan emel yang diberikan adalah tepat semasa proses pembelian. Jika anda tidak menerima link akses ebook dalam masa beberapa minit selepas pembayaran, sila semak folder Spam atau Junk. Hubungi kami jika masih terdapat sebarang masalah. eBook ini adalah untuk kegunaan peribadi sahaja. Penghantaran atau perkongsian eBook ini kepada pihak ketiga tanpa kebenaran bertulis dari pihak kami adalah dilarang dan melanggar hak cipta. Dengan membuat pembelian, anda bersetuju dengan Terma & Syarat ini.

Penafian Pendapatan:
Segala usaha telah diambil untuk menggambarkan produk dan potensinya dengan tepat. Walau bagaimanapun, tiada jaminan bahawa anda akan memperoleh pendapatan tertentu dengan menggunakan teknik dan idea dalam bahan ini. Setiap individu mempunyai tahap kejayaan yang berbeza-beza, dan potensi pendapatan bergantung sepenuhnya kepada usaha, pengalaman, komitmen masa, dan sumber daya yang digunakan oleh setiap individu. Hasil yang disebutkan adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja dan tidak boleh ditafsirkan sebagai janji atau jaminan pendapatan tertentu.

Produk ini tidak diposisikan sebagai "skim cepat kaya." Tahap kejayaan dan pencapaian pendapatan adalah berdasarkan beberapa faktor, termasuk masa yang diluangkan, usaha, pemahaman terhadap teknik yang digunakan, serta kebolehan peribadi dalam mengaplikasikan strategi yang dikongsi. Oleh kerana faktor-faktor ini berbeza antara individu, kami tidak dapat menjamin kejayaan atau tahap pendapatan anda. Kami juga tidak bertanggungjawab atas sebarang tindakan yang diambil berdasarkan maklumat dalam produk ini.

Sebarang kenyataan yang berkaitan dengan pendapatan atau hasil yang dinyatakan di sini adalah bertujuan untuk menyampaikan pandangan kami tentang potensi pendapatan dan mungkin termasuk kenyataan berbentuk ramalan. Walaupun kenyataan ini menggambarkan harapan dan anggaran kami, banyak faktor boleh mempengaruhi hasil sebenar anda. Tiada jaminan bahawa anda akan mencapai hasil yang sama seperti yang dinyatakan, malah tiada jaminan bahawa anda akan mencapai sebarang hasil daripada idea dan teknik dalam bahan ini.

Penafian Undang-Undang:
Produk ini tidak bertujuan untuk memberikan nasihat kewangan, pelaburan, atau perundangan. Pengguna disarankan untuk mendapatkan khidmat nasihat profesional yang berkaitan mengikut keperluan masing-masing.

Polisi Pemulangan:
Pemulangan wang boleh diminta dalam masa 30 hari selepas pembelian sekiranya pelanggan tidak berpuas hati dengan produk kami.
Text